Hasil karya Rāmānujā Ramanujacharya

Rāmānujā juga menulis lapan buah buku dalam bahasa Sanskrit iaitu:

  • Śr Bhasya yang dianggap sebagai karya terhebatnya.
  • Vedartha Sangraha iaitu satu karya yang mengandungi interpretasi ayat-ayat dari Upanishad utama menurut fahaman Viśiṣṭādvaita.
  • Vedantadipa merupakan ulasan ringkas Vedantasutras
  • Vedantasara merupakan ulasan ringkas Vedantasutras
  • Gitabhasya iaitu ulasan Bhagavad Gita menurut mazhab Viśiṣṭādvaita.
  • Nityagrantha ialah buku arahan untuk pemujaan dan sembahyang harian
  • Gadyatraya ialah tiga buah buku lagu-lagu suci. Tiga komponen Gadyatraya ialah: Saranagatigadya (berhubung kemuliaan pengabdian kepada Tuhan), Srirangagadya (doa kepada Tuhan untuk menerima dirinya sebagai seorang hamba Tuhan), dan Vaikunthagadya (satu deskripsi Vaikuntha).
Jasad Ramanuja di kuil Sri Ranganathaswamy.